Covid-19: Tunda lagi, kini giliran MotoGP Itali dan MotoGP Sepanyol

1108

Dorna Sports, selaku promoter MotoGP Dunia telah mengumumkan 2 lagi acara MotoGP akan ditunda iaitu kejuaraan MotoGP Itali dan MotoGP Sepanyol.

MotoGP Covid-19

Kejuaraan MotoGP Itali yang sepatutnya berlangsung pada 31 Mei 2020 manakala MotoGP Sepanyol tersebut sepatutnya berlangsung pada 7 Jun 2020. Jadual pengganti kedua acara ini masih belum dikemukakan.



Untuk pengetahuan, negara Itali dan Sepanyol merupaka antara negara yang teruk tejejas berikutan penularan pandemik Covid-19. Hal ini menyebabkan pihak berkuasa di setiap negara mengarahkan untuk menunda aktiviti yang melibatakan ramai orang.

Selain itu, penularan pandemik Covid-19 ini juga belum dapat diatasi oleh beberapa negara yang telah melakukan lockdown. Berikutan lockdown yang dikuatkuasakan, kesemua orang yang terlibat dalam perlumbaan MotoGP perlu berada di rumah.

Setakat ini, Dorna Sports telah menunda 4 perlumbaan MotoGP iaitu MotoGP Sepanyol di litar Jerez-Angel Nieto dan di litar de Catalunya, MotoGP Perancis dan MotoGP Itali.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here