3,500 buah kereta sewa terbakar dalam kebakaran di lapangan terbang Florida

2100

Seperti yang dilaporkan oleh CNN dan Fort Myers News-Press, satu kebakaran telah berlaku di padang berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Southwest Florida, yang melibatkan lebih daripada 3,500 buah kereta sewa yang diparkir di kawasan tersebut.

kereta sewa

Tiada kemalangan nyawa dan kecederaan yang berlaku, dan ia juga tidak menjejaskan lapangan terbang tersebut, namun untuk proses pemadaman kebakaran tersebut mengambil masa kira-kira 18 jam



Apabila pihak berkuasa tempatan di Fort Myers, Florida, menerima panggilan tentang kebakaran berhampiran lapangan terbang tersebut, hanya kira-kira 20 kenderaan dilaporkan terbakar.

Tetapi ketika mereka tiba di tempat kejadian, jumlah kereta yang terbakar telah mencapai lebih dari 100 buah kereta. Setelah kebakaran berjaya dikendalikan, 3,516 buah kereta dilaporkan telah terbakar atau rosak sepenuhnya, manakala 3,850 buah kereta berjaya diselamatkan.

Menurut satu laporan, kesemua kereta tersebut disimpan ditempat itu kerana agensi sewa kereta tidak menyewa kereta berikutan pandemik Covid-19.

Kebakaran tersebut menghasilkan kumpulan asap hitam di kawasan seluas 15 ekar, dimana kesemua kereta tersebut diletakkan. Menurut saksi, berpunca dari kebakaran tersebut, berlaku beberapa letupan dan hujan percikan api. 

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya setelah 18 jam diikuti menggunakan helikopter yang melakukan 80 airdrop. Punca kejadian masih belum dikenalpasti buat masa ini, namun penyelidikan telah dijalankan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here