Covid-19: Shell hulur sumbangan kepada ‘frontliner’ di tiga hospital

2158

Shell Malaysia turut menzahirkan sokongan dan penghargaan mereka kepada pasukan frontliner atau barisan hadapan Covid-19 dengan menghulurkan sumbangan kelengkapan seperti hand sanitizer, air mineral, makanan, dan minuman.

Barangan ini disumbangkan kepada Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, dan Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.



Tambahan lagi, barangan keperluan telah diagihkan di stesen-stesen Shell di seluruh negara untuk kegunaan komuniti dan frontliner berdekatan. Barangan lain adalah sumber elektrik seperti lampu dan kipas untuk khemah-khemah sementara yang menempatkan pihak berkuasa.

Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd berkata: “Sikap mengambil berat sesama kita dan menjaga antara satu sama lain amat penting untuk kita rakyat Malaysia terus berjaya mengharungi cabaran di masa sukar ini.

“Shell komited dalam menjaga hal ehwal komuniti dimana kami mencuba segala yang termampu untuk membantu pihak barisan hadapan melawan pandemik global ini.”

Shairan menambah, “Kami juga mempunyai frontliner kami sendiri yang mana setiap hari menjaga keperluan pelanggan kami, serta memastikan wira-wira kita dapat pergi ke tempat kerja dan melakukan tugas seharian mereka untuk rakyat Malaysia.”

Selain itu, Shell dan BonusLink pada 2 hingga 7 April telah menyumbang mata ganjaran terkumpul kepada tabung Covid-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). RM1 disumbangkan dari setiap 100 mata semasa tempoh itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here