15 warga Vietnam sanggup naik lori sejuk beku lari dari zon merah Covid-19

1401

Polis wilayah Bin Thuan, Vietnam menemukan 15 penduduk termasuk seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dalam sebuah trak sejuk beku dipercayai cuba melarikan diri dari kawasan zon merah Covid-19.

Zon merah berkenaan terletak di kawasan selatan yang dikenakan perintah berkurung susulan merekodkan kes jangkitan tertinggi. 

Gambar hiasan

Kesemua mereka tertangkap ketika melalui pusat pemeriksaan menuju ke arah utara. Pihak polis terkejut apabila menemukan mereka di belakang lori dan ada antaranya menunjukkan gejala sesak nafas.



Dilaporkan kesemua individu tersebut membawa sijil ujian saringan Covid-19 dan mereka menempuh perjalanan kira-kira 10km dari wilayah selatan Dong Nai.

Wilayah Dong Nai merupakan sebuah kawasan perindustrian yang merekodkan lebih 35,000 kes jangkitan dan 320 kematian akibat Covid-19. Wilayah itu dikenakan perintah berkurung sejak Julai lalu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here