Bapa beri hadiah BMW 330i M Sport sempena ulang tahun ke-2 anak

2956

Meraikan ulang tahun anak kecil berusia bawah lima tahun selalunya akan diberikan kereta miniatur atau kereta mainan kecil kawalan jauh mahupun elektrik.

Namun bagi seorang bapa ini hadiah mainan sedemikian mungkin terlalu kecil buat anaknya yang menyambut hari lahir ke-2. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wahyu Kandacong (@wahyu_kandacong)



Menerusi hantaran akaun Instagram @wahyu_kandacong, ahli perniagaan bernama Wahyu Kandaco itu memberikan hadiah sebuah BMW 330i M Sport untuk anaknya yang berharga sekitar RM291,000. 

“Doa terbaiknya ya buat anak kami. ADLI ALFARIZI.. Ngak kerasa udah umur 2 tahun,” tulis pemilik akaun tersebut.

Menerusi video ringkas itu menunjukkan kereta mewah berkenaan dikeluarkan dari sebuah kotak besar dengan nombor plat B 5 WHY. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wahyu Kandacong (@wahyu_kandacong)

BMW 330i M Sport didatangkan dengan enjin 1998cc 4-silinder yang menghasilkan kuasa 258hp dan tork 400Nm.

Mungkin kita berasakan untuk anak berusia dua tahun, hadiah sedemikian mungkin begitu tidak bermakna. Bagaimanapun, itu menunjukkan kasih seorang ayah kepada anaknya. 

Hantaran itu lantas mengundang reaksi pelbagai di kolum komen yang mana ada antaranya:

“Barakallahu fiil.umrik Adli Alfarizi semoga menjadi anak yg berbakti dan tercapai apa yg di inginkan.”

“Om itu di turunin langsung dari helikopter pengiriman nya? Barakallah fii umrik sehat terus, barokah rezekinya.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here