YouTuber ini ditahan polis kerana kritik kelemahan VinFast LUX A2.0

7318

Akibat mengkritik kereta baharu yang diperkenalkan oleh VinFast, seorang YouTuber iaitu Tran Van Hoang menghadapai masalah apabila dia dilaporkan kepada pihak polis oleh pengeluar tersebut.

 VinFast LUX A2.0

Dalam video berdurasi 29 minit yang kini telah dipadam, Hoang mengkritik masalah kereta yang dibelinya iaitu VinFast LUX A2.0, berkenaan dengan sensor tekanan tayar, pengelap cermin hadapan, pengecas telefon tanpa wayar, pintu berbunyi, serta pengalamannya berurusan dengan pengedar VinFast.



Dalam satu kenyataan pada 2 Mei, VinFast menyatakan bahawa video oleh Hoang berisi kandungan yang tidak betul, yang dapat menjatuhkan reputasi mereka.

Pengeluar itu juga menambah bahawa walapun video tersebut telah dipadam, ianya telah berjaya disimpan dan akan dijadikan bukti kepada pihak polis.

“Polis telah menerima aduan kami dan telah menetapkan tarikh untuk berurusan dengan Hoang,” kata VinFast.

“Ini adalah pertama kalinya kami melaporkan seseorang kepada pihak berkuasa untuk melindungi reputasi dan pelanggan kami,” tambahnya.

Syarikat itu, yang diasaskan oleh orang terkaya Vietnam, merancang untuk menjual kenderaan elektriknya di Amerika Utara dan Eropah tidak lama lagi. Mereka menyatakan akan mengesan individu yang membuat masalah ini di sana dengan cara yang sama.

“Jika kejadian sebegini terjadi di Amerika Syarikat, kami juga akan mengajukan permintaan kepada pihak berkuasa untuk mengambil Tindakan berdasarkan undang-undang, untuk melindungi hak kami,” lanjut VinFast.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here