Sekeluarga gagal pulang kampung guna taktik sewa ambulans swasta

3482

Sebuah keluarga yang menggunakan taktik ambulans swasta bagi merentas negeri pulang ke kampung tidak berjaya apabila ditahan dalam satu Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kampung Tanjung Belenggu, Temerloh, Pahang.

Suspek berusia 30 tahun bersama ibunya berumur 70 tahun turut membawa dua anak berumur 10 bulan dan enam tahun untuk pulang ke kampung mereka di Gemas Negeri Sembilan.

Gambar hiasan

Difahamkan juga suspek menyewa ambulans swasta berkenaan yang datang mengambil mereka di Taman Bahagia dengan dikenakan bayaran kira-kira RM1,300.



Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusof berkata, empat individu iaitu dua penumpang wanita dan juga dua lelaki yang merupakan pemandu dan pembantu pemandu ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kesemua mereka ditahan ketika pemeriksaan polis di SJR berhampiran Kampung Belenggu yang mana mereka gagal mengemukakan surat kebenaran daripada polis,” katanya. 

Menurut Mohd Azhar kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here