[Video] Kena cekup cubaan kedua rentas daerah guna jalan laut, kali ini ‘dia’ guna styrofoam pula

1011

Usaha tangga kejayaan, namun percubaan kali kedua remaja lelaki tersebut merentas daerah menggunakan jalan laut kecundang.

Dia didakwa membuat percubaan merentas daerah dari bahagian pulau ke tanah besar, Pulau Pinang dengan menaiki sebuah pelampung gabus styrofoam.



Kejadian tersebut tular di media sosial apabila beberapa imej dan video lelaki tersebut menjadikan bongkah gabus bersaiz satu meter persegi sebagai rakit. 

Ketika kejadian lelaki itu dilihat meniarap di atas bongkah gabus dengan memakai seluar pendek dan kemeja-T biru bersama beg galas dan menyarung sehelai kain pelikat pada tubuhnya.

Difahamkan tindakan lelaki itu dikesan pihak berkuasa ketika dia berada di laut sebelum diselamatkan dengan dibawa naik ke atas bot.

Menurut pengguna Facebook, lelaki tersebut didakwa individu sama yang sebelum ini diselamatkan oleh petugas Penang Port Sdn Bhd apabila dikesan cuba merentas daerah dengan berenang ke Seberang Perai.

Julai lalu dilaporkan dia mengambil keputusan nekad untuk berenang merentasi Selat Pulau Pinang sejauh kira-kira tiga kilometer dari George Town untuk ke Seberang Perai bagi bertemu rakannya.

VIDEO 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here