Covid-19: MotoGP Perancis pula ditunda

1697

Bilangan siri perlumbaan MotoGP yang telah dibatalkan atau ditunda disebabkan oleh Covid-19 kini telah meningkat kepada 6 perlumbaan, setelah MotoGP Perancis yang dijadualkan akan berlangsung pada 15-17 Mei di Le Mans diputuskan untuk ditunda.

MotoGP Perancis

Disebabkan Covid-19, perlumbaan MotoGP untuk musim 2020 masih belum dimulakan, selepas siri pembukaan yang dijadualkan berlangsung di Qatar pada bulan lepas telah dibatalkan seminggu sebelum tarikh sebenar perlumbaan.



Setelah virus tersebut terus merebak di seluruh dunia, pusingan berikutnya yang akan berlangsung selepas MotGP Perancis iaitu di Thailand, Amerika Syarikat, Argentina dan Sepanyol semuanya telah ditangguhkan oleh penganjur MotoGP, Dorna Sports.

Menurut penganjur, penularan Covid-19 yang berterusan tersebut menyebabkan acara MotoGP akan dijadualkan semula. Memandangkan keadaan masih belum terkawal, GP Perancis dan Gran Premio Red Bull de Espana yang telah ditunda, dan tidak dapat disahkan dengan jelas bila acara tersebut boleh diadakan.

Menurut penganjur juga, kalendar perlumbaan baru yang disemak semula akan diumumkan secepat mungkin.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here