Covid-19: Jumlah jualan kenderaan dijangka menurun

1834

Jumlah jualan kenderaan dijangka akan menurun sebanyak 20% pada tahun ini, berikutan krisis Covid-19 yang melanda dan menjejaskan industri automotif.

jualan kenderaan

Menurut laporan yang dibuat oleh Affin Hwang Capital, mereka menjangkakan jumlah jualan kenderaan pada bulan Mac dan April akan tejejas teruk kerana penggantungan sementara operasi, yang telah dipanjangkan hingga 14 April di bawah Perintah Kawalan Pergerakan.



Mereka juga berkata dalam keadaan pasaran yang tidak menentu ini, kenderaan berjenama nasional adalah pilihan yang baik bagi rakyat Malaysia.

Selain itu, nilai ringgit yang susut juga akan memberi kesan negatif terhadap sektor automotif, terutamanya bagi kenderaan jenama luar negara berikutan kos bahan mentah yang diimport semakin meningkat.

Sementara itu, MIDF Research berkata mereka akan menurunkan sasaran TIV 2020 kepada 581,367 unit daripada 605,375 unit yang disasarkan sebelum ini.

Menurutnya, nilai ringgit yang lemah dan permintaan yang berkurang akan turut memberi kesan kepada pendapatan sektor automotif.

Selain itu, mereka turut menjangkakan pengurangan pendapatan sektor secara agregat sebanyak 24.1 peratus untuk tahun 2020 dan 24.2 peratus pada tahun 2021. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here