MotoGP Qatar 2020 secara rasmi dibatalkan!

1633

Siri pembukaan MotoGP Qatar 2020 di litar Losail, yang akan berlangsung pada 8 Mac secara rasmi telah dibatalkan. Tindakan ini dilakukan kerana merupakan satu langkah pencegahan dari penyebaran virus Corona.

“Memandangkan Qatar mengenakan sekatan perjalanan yang menjejaskan penumpang dari Itali, kelas utama tidak akan dipertandingkan di litar Losail,” kata Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) dalam kenyataan rasminya.



Walau bagaimanapun, untuk kelas Moto2 dan Moto3 akan berlangsung seperti yang dirancangkan. Ini kerana, pelumba dan pasukan sudah berada di negara itu untuk menjalani ujian musim sejuk.

MotoGP Qatar 2020

Virus Corona menjadikan Itali sebagai negara Eropah yang paling teruk terjejas. Iaitu, dengan 34 kematian dan lebih daripada 1,600 orang yang dijangkiti.

Enam pelumba dalam kelas elit berasal dari Itali. Mereka ialah juara dunia MotoGP tujuh kali, Valentino Rossi, runner-up pada tahun 2019 Andrea Dovizioso, Danilo Petrucci, Francesco Bagnaia, Franco Morbidelli, dan Andrea Iannone.

Sedangkan Ducati dan Aprilia juga merupakan pasukan pengeluar terkemuka dari Itali.

Bukan sahaja MotoGP Qatar 2020, perlumbaan Formula 1 di China yang sepatutnya diadakan pada 19 April di Shanghai juga telah dibatalkan kerana penyebaran virus Corona. Begitu juga, perlumbaan Formula E di Sanya, China.

Walau bagaimanapun, siri Formula 1 di Vietnam pada 5 April berkemungkinan akan dijalankan sesuai mengikut jadual yang telah ditetapkan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here