Sempena hari lahir, berikut adalah prestasi Valentino Rossi sepanjang kariernya di MotoGP

2061

Semalam, 16 Februari 2020 telah menjadi hari istimewa untuk pelumba pasukan Yamaha MotoGP Monster Energy, Valentino Rossi. Dia telah menyambut hari lahir yang ke-41 tahun.

Walaupun umurnya tidak boleh dikategorikan sebagai muda lagi, Valentino Rossi mempunyai sejarah kejayaan yang cemerlang dalam MotoGP.



Penampilan pertama Valentino Rossi di dunia perlumbaan bermula pada tahun 1996, dimana dia menyertai pasukan Scuderia AGV Aprilia.

Pada masa itu, Rossi bersaing dalam kelas 125cc yang kini dipanggil sebagai siri Moto3. Bersama Aprilia, Valentino Rossi juga mempunyai rekod yang baik.

Valentino Rossi ketika melalui musim perlumbaan pertamanya

Daripada 15 siri katogeri 125cc yang diikuti, Valentino Rossi meraih kedudukan podium dua kali, dan pernah menjadi juara.

Pada tahun berikutnya, Valentino Rossi juga memenangi katogeri 125cc ketika menyertai pasukan Nastro Azzurro Aprilia. Dari 15 siri kelas 125cc pada masa itu, The Doctor berupaya memenangi 11 siri.

Selain kelas 125cc, Valentino Rossi juga mempunyai rekod yang baik dalam kelas 250cc.

Apabila musim pertamanya di kelas 250cc bersama dengan pasukan Nastro Azzurro Aprilia, Valentino Rossi mengakhiri musim dengan memperoleh posisi kedua, di bawah Loris Capirossi yang muncul juara keseluruhan.

hari lahir Valentino Rossi
Valentino Rossi ketika menyertai pasukan Nastro Azzurro Aprilia.

Pada musim keduanya di kelas 250 cc, The Doctor menyertai Aprilia Grand Prix Racing dengan keputusan juara sebanyak 9 kali. Daripada kejayaan ini, Honda merancang untuk merekrut Valentino Rossi.

Perjalanan Valentino Rossi bersama Honda juga cemerlang, dengan memenangi kejohanan dunia pada MotoGP 2001, 2002 dan 2003.

Bagaimanapun, Rossi secara rasmi menyertai Yamaha selepas hubungannya tidak baikĀ  dengan pengarah Honda.

hari lahir Valentino Rossi
Valentino Rossi pernah menyertai Repsol Honda.

Bersama Yamaha, prestasi Valentino Rossi bahkan kelihatan lebih unggul. Dia mampu meraih gelaran juara dunia MotoGP sebanyak 4 kali, iaitu musim 2004, 2005, 2008, dan 2009.

hari lahir Valentino Rossi
Dalam kelas MotoGP, Valentino Rossi pertama kali memenangi kejohanan dunia pada tahun 2004

Secara keseluruhan, Valentino Rossi mempunyai koleksi 7-kali juara dunia MotoGP. Di mana 3 kali bersama Honda dan 4 kali bersama Yamaha.

Dengan bermulanya MotoGP 2020, Valentino Rossi yang baru menyambut hari lahir yang ke 41 menghasilkan keputusan yang baik semasa ujian pra-musim.

Adakah Valentino Rossi akan kembali merebut gelaran juara dunia, sama seperti yang dilakukannya pada suatu ketika dahulu?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here