Lagi kes pemandu mabuk, kali ini langgar kereta peronda polis

2920
Sejak kebelakangan ini, isu pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk sering diperkatakan di setiap pelusuk negara.
Kes-kes seperti ini banyak memberi impak negatif kepada pihak berkuasa dan para pengguna jalan raya yang lain.
pemandu mabukTerkini, seorang pemandu yang disyaki mabuk telah melanggar sebuah kereta peronda polis di Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur.
 
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata pihaknya menerima maklumat awal mengenai satu kemalangan jalan raya pada pukul 4.02 pagi, yang melibatkan sebuah kereta berada di tengah jalan dalam keadaan rosak teruk dan tidak boleh bergerak.
“Anggota polis berpangkat koperal yang bertugas meletakkan kereta peronda polis dipandunya di belakang kenderaan kemalangan (tengah jalan) itu dan memasang lampu biru serta lampu kecemasan selain membantu kawalan lalu lintas.
 
“Bagaimanapun, sebuah kereta jenis Nissan tiba-tiba datang dari arah belakang lalu merempuh kereta peronda polis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.
 
Mohd Zani berkata pemandu kereta Nissan itu dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut. ACP Mohd Zani Che Din berkata tiada kecederaan dilaporkan.


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here