Ferrari Stallone dengan V12 hibrid KERS, konsep lakaran 3D oleh Murray Sharp

3678

Penampilan Ferrari terkenal dengan reka bentuk futuristiknya. Melihat gambaran konsep 3D rindering yang baru dihasilkan ini, ianya seperti menapati konsep reka bentuk Ferrari yang sangat agresif dan garang.

Ferrari 3D rindering

Tetapi gambaran konsep 3D rindering ini bukanlah dihasilkan oleh Ferrari. Ianya merupakan karya Murray Sharp, seorang artis grafik dan pereka perindustrian, yang cuba meramalkan bentuk Ferrari yang akan datang.



Seperti petikan kata-kata dari Enzo Ferrari, “Pembuat kereta tidak perlu menjadi jurutera atau juruteknik. Dia mestilah orang yang mempunyai minat terhadap kereta.”

Ferrari 3D rindering

Membayangkan penerus dari generasi LaFerrari, dia menerapkan konsep dari salah satu model keluaran syarikat yang berasal dari Itali ini. Projek 3D rindering ini dinamakan Ferrari Stallone (Stallion dalam bahasa Itali).

Murray berkata, “Hypercar ini akan diletakkan di bahagian atas jenama Ferrari, pengganti yang hebat untuk LaFerrari.”

Ferrari 3D rindering

Proses lakaran hypercar ini tetap mengekalkan nilai teras Ferrari, seperti semangat dan kelajuan. Murray juga menggunakan warna Rosso Corsa, yang ikonik dengan LaFerrari.

Melihat secara terperinci, dalam konsep ini ada beberapa bahagian, iaitu sudut hud yang tajam dan 2 lubang udara yang besar di bahagian bawah yang menapilkan ciri khas sebuah supercar.

Di samping itu, Murray juga berfikir tentang aliran udara dan cetakan pada Stallone. Elemen seperti ruang pengudaraan di sebelah sisi, lampu belakang dengan elemen mendatar yang unik, sudah terdapat pada LaFerrari. Murray juga membayangkan bahawa jentera ini akan menggunakan enjin V12 hibrid, dibantu oleh sistem KERS.

Rim yang berbentuk pentagon kelihatan tajam, ditambah dengan kesan aksen yang melengkung. Seperti sebuah supercar, Stallone menyertakan gentian karbon di seluruh badan jentera, yang boleh dilihat pada gril dan hud belakang.

Penampilan khas lain dari Ferrari yang diterapkan adalah sistem dwi-ekzos yang menghala ke atas. Tetapi pada LaFerrari, bahagian hujung ekzos diposisikan lebih rendah daripada bampar.

“Konsep Ferrari Stallone telah menjadi projek yang sangat istimewa untuk saya,” kata Murray.

Untuk maklumat, Murray juga menggunakan 12 program reka bentuk yang berbeza untuk melengkapkan projeknya dan separuh daripada program itu digunakan untuk kali pertama.

Program yang digunakan termasuk Alias, Vray, Photoshop, Aftereffect dan sebagainya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here