Replika Ferrari LaFerrari dilihat di Malaysia, A untuk usaha lelaki ini!

4366

Tidak ramai yang sukakan replika dan ia selalu dipandang sinis. Tetapi kami respect dan salute lelaki ini yang tidak menyembunyikan minat mendalamnya terhadap supercar.

Model supercar yang dimaksudkan ini ialah Ferrari LaFerrari. Ianya satu usaha membina replika yang boleh diberikan pujian.



Replika supercar Ferrari LaFerrari ini mula disiarkan oleh GTSpirit, yang hadir di suatu perjumpaan kereta.

Dari gambar, badan kereta dilihat diperbuat dari besi dan bukan bahan komposit ringan yang biasa digunakan supercar sebenar.

Replika ini juga dilihat dihasilkan dengan cukup teliti. Segala potongan dan garis badan dihasilkan dengan cukup halus, terutamanya bahagian depan dan belakang.

Tetapi bahagian sisi tidak begitu meyakinkan. Boleh dikatakan di bawah badan “Ferrari” ini ialah sebuah kereta pacuan roda depan biasa.

Jadi dapat dipastikan bahawa bukan sebiji enjin 6.3-liter V12 dengan sistem hibrid KERS berkuasa 949 hp di bawahnya.

Secara keseluruhan, replika ini kelihatan seperti belum siap sepenuhnya. Tiada cermin depan atau tingkap sisi. Bahagian dalaman juga kelihatan belum siap.

Apa pun, kami tak sabar menunggu kereta ini siap sepenuhnya nanti.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here