Simulator mahal macam harga sebuah kereta-RM56,999

3474

Seolah-olah berada dalam dunia sendiri dengan pandangan terfokus kepada susunan tiga skrin permainan video.

Itu antara kelebihan yang terdapat pada kerusi gaming keluaran terbaharu, ACER Predator Thronos. Ia maju setapak lagi dengan pengenalan aksesori canggih yang mempunyai nilai tambah kepada peminat permainan video.



Dengan Predator Thronos, ia lebih dari kerusi permainan video biasa. Segala ruang yang diperlukan untuk komponen seperti skrin, PC, dan alat kawalan telah terbina siap.

Kerusi gaming sebegini bukanlah konsep yang baharu. Ramai yang telah membina sendiri set mereka di rumah untuk konsol seperti XBox, PS4 atau PC. Ia popular di kalangan peminat simulator lumba kereta dan juruterbang.

Cuma bezanya, kerusi yang digunakan sebagai ‘kubu’ ini sedia lengkap untuk sokongan lengan meletak papan kekunci dan tetikus. Anda boleh sambungkan segala kelengkapan seperti HDMI, DisplayPort, USB dan sebagainya tanpa ada masalah kabel berbelit.

Selain itu, bahan yang digunakan sebagai kusyen cukup selesa. Ia boleh dilaras ke posisi sedikit bersandar, baru lah duduk macam dalam kereta racing! Kemudian bahagian paparan juga akan digerakkan untuk diselarikan dengan pandangan anda.

Sementara itu, Pengurus Kanan Produk Jualan dan Perkhidmatan Acer Sdn Bhd Jeffrey Loi memaklumkan kerusi berkenaan bernilai RM56,999 dengan satu tahun jaminan.

“Kami juga akan menguruskan penghantaran kerusi berkenaan ke seluruh Malaysia apabila ia mula ditempah pelanggan nanti,” katanya.

Namun, kerusi berkenaan yang hampir sama dengan harga sebuah kereta hanya dijual satu saja kepada pelanggan yang bertuah.

“Kami mahu menjaga nilai eksklusif kerusi berkenaan menyebabkan hanya satu yang akan dijual di negara ini,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here