Predator kehabisan minyak, dapat perhatian warganet

1824

Kalau dalam filem, Predator makhluk asing dari angkasa lepas itu selalu bersikap ganas dan gemar memburu mangsa.

Namun berbeza pula pada kali ini, apabila seorang individu yang lengkap dengan pakaian Predator ‘bertukar’ sikapnya yang boleh mencetus rasa geli hati kepada warganet.

Kenapa tidaknya, individu dengan berpakaian Predator itu dilihat menolak sebuah skuter kerana difahamkan jentera itu kehabisan minyak.



Menerusi video berdurasi 52 saat yang dikongsikan di Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, individu itu yang sedang menolak motosikalnya ke stesen minyak.

Predator kehabisan minyak

Predator kehabisan minyak

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Wednesday, August 12, 2020

Dalam video itu juga, perakam turut ketawa terbahak-bahak kepada individu berkenaan yang menolak skuternya. Ia agak melucukan.

Apa yang difahamkan, individu berkenaan melakukan kerja sampingan dengan memakai pakaian berkenaan di kawasan pelancongan, cuma tidak pasti di kawasan mana.

Bagaimanapun, itulah lumrah kehidupan bagi seorang penunggang motosikal yang sentiasa banyak dugaannya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here