Slanga mat rempit, ini antara perkataan dan maksudnya

7235

Bahasa slanga merupakakan kosa kata yang tidak baku, tidak standard, berubah-rubah secara umum dan berbeza dengan kosa kata lainnya.

slanga

Slanga sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunikasi sesama mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja.



Fungsi bahasa ini ialah untuk menunjukkan jati diri bagi sesuatu kumpulan atau untuk memberi kesan yang lebih atau menunjukkan keadaan yang jelas tidak formal.

Bahasa slanga Maksud
Usha Pandang/tengok sesuatu. Perkataan ini biasa digunakan bagi memikat lelaki atau gadis
Tibai Pukul tetapi boleh juga membawa maksud main hentam
Sekodeng/Skodeng Intai
Rembat Sepakan/tendangan tapi beleh jadi maksud mencuri
Poyo Bangga diri
Kantoi Pecah rahsia sesuatu yang disembunyikan
Kerek Berlagak atau berlagak hebat
Kautim Pujuk, sangat rapat
Pokai Kehabisan wang
Songlap  Curi
Bikin Menjadikan
Pishang Bosan
Masyuk Pendapatan yang lumayan
Langsi Bising, bunyi yang halus nyaring, boleh jadi kurang ajar
Langau Orang yang suka buat bising
Barai Buruk atau hancur
Swei Malang
Kasi Bagi
Sebat Pukul, hukum atau mengambil sesuatu tanpa kebenaran

Penggunaan bahasa slanga ini yang digunakan oleh golongan remaja sudah menjadi trend apabila berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka.

Namun, penggunaan bahasa slanga oleh golongan ini menyebabkan masyarakat lain dan berpengalaman tidak dapat memahami maksud yang ingin disampaikan mereka.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa bukan semua golongan remaja menggunakan bahasa slanga kerana masih ramai lagi yang setia akan bahasa baku iaitu Bahasa Melayu tinggi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here