Vespa Notte Edition edisi khas untuk Valentine’s Day

2583

Naza Premira Sdn Bhd iaitu pengedar rasmi motosikal Vespa di Malaysia hari ini memperkenalkan Vespa Notte Edition sempena hari Valentine.

Terdapat dua varian; Vespa Notte GTS Super 300 ABS dan Vespa Notte Sprint 150 i-Get ABS. Kedua-dua jenis ini dibina menggunakan dasar mekanikal Vespa dengan rangka besar dan kecil.



Luaran

Dengan nama “Notte” dalam Bahasa Itali yang bermaksud “malam”, penggayaan Vespa Notte dihasilkan dengan penuh terperinci. Dari grafik badan, casis, cermin sisi, “tie” klasik di depan, hujung handle dan pemijak kaki, segalanya hitam dan gelap.

 

Tambahan lagi, Vespa Notte Edition datang dengan komponen unik seperti penghadang belakang, rim hitam berkilat, pelindung ekzos, dan tempat duduk khas untuk setiap model.

Enjin dan mekanikal

Vespa Notte GTS Super 300 ABS dikuasai oleh enjin paling berkuasa dalam keluarga Vespa. Unit silinder tunggal dengan suntikan elektronik itu menghasilkan 15.6 kW pada 7,750 rpm dan 22 Nm pada 5,000 rpm.

Ia juga dilengkapi dengan sistem brek ABS dua saluran dan sistem keselamatan ASR.

Vespa Notte Sprint 150 i-Get pula dikuasai oleh enjin 150 cc silinder tunggal yang juga menggunakan suntikan elektronik. Enjin ini menghasilkan 9.5 kW pada 7,750 rpm dan 12.8 Nm pada 6,500 rpm. Sprint 150 juga mendapat sistem brek ABS.

Harga

Vespa Notte GTS Super 300 ABS: RM29,000

Vespa Notte Sprint 150 i-Get ABS: RM17,700

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here