
Vespa sekali lagi tampil dengan karya terbaharu dalam siri 946 mereka, kali ini melalui model edisi terhad 946 Horse yang dicipta khusus bagi meraikan semangat Tahun Kuda.
Dari segi spesifikasi, 946 Horse membawakan enjin silinder tunggal 125 cc sejukan udara, lengkap dengan sistem brek ABS dua-saluran dan tangki bahan api sebesar 8 liter.
Seiring dengan tema Tahun Kuda, Vespa 946 Horse membawakan perincian seperti:
- warna perang gelap seakan badan kuda
- monogram V pada emblem ladam kuda
- kemasan kulit premium pada bar hendal dan pelana
Selain itu, Vespa turut menawarkan aksesori untuk disesuaikan seperti beg kulit yang diperbuat daripada bahan sama seperti pelana, helmet coklat gelap berkilat dan skrin penghadang angin yag lebih tinggi.
Harga jualan bermula dari $13,649 (RM53,804).
Ini merupakan model keempat dalam siri 946 yang memberikan penghormatan kepada kalendar Lunar, selepas edisi Bunny, Dragon dan Snake.
































