Utama Berita Automotif Suzuki GSX‑R1000R Stealth – Edisi Hitam Padu, Terhad 10 Unit Sahaja

Suzuki GSX‑R1000R Stealth – Edisi Hitam Padu, Terhad 10 Unit Sahaja

6

Suzuki mengejutkan peminat superbike di Turin Motor Show dengan kemunculan GSX‑R1000R Stealth, edisi khas serba hitam yang hanya dibina 10 unit.

Ia dijual pada harga bermula dari €21,690 (lebih kurang RM101,999) dan hanya boleh ditempah melalui kedai online Suzuki.

Stealth ialah edisi khas GSX‑R1000R dengan warna hitam penuh dan beberapa komponen tambahan, semuanya terhad kepada 10 unit. Setiap unit mempunyai logo Stealth pada tangki dan nombor siri 1 hingga 10.

Kemasan badan menggabungkan hitam berkilat dan hitam matte di mana hanya pantulan cahaya sahaja yang mampu memberikan kontras antara kedua-dua warna tersebut.

Menariknya, nama dan tema warna Stealth bukan diambil daripada motosikal, tetapi daripada Suzuki Stealth Line, iaitu siri enjin luar bot yang juga serba hitam. Edisi khas ini seolah‑olah menghubungkan dua dunia Suzuki: motosikal dan marin.

Pakej Stealth datang lengkap dengan:

  • Sistem ekzos titanium Akrapovic

  • Skrin gelap (tinted)

  • Penutup pembonceng

  • Winglet karbon

Secara teknikal, GSX-R1000R Stealth masih menggunakan enjin 4‑sebaris 999.8 cc sejukan cecair dengan output 195 hp pada 13,200 rpm dan 110 Nm pada 11,000 rpm. 

Ia turut hadir dengan teknologi SR-VVT yang diambil terus dari perlumbaan, diikuti dengan sistem pendikit ride-by-wire. 

Pakej elektronik termasuk:

  • kawalan cengkaman pelbagai tahap

  • Launch control

  • Quickshifter dua arah tanpa klac

  • Beberapa mod tunggangan

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here