Motosikal lumba Suzuki GSX-R1000R akan guna bahan api mampan 100%

17

Pasukan perlumbaan motosikal Team Suzuki CN Challenge bakal beraksi di acara perlumbaan ketahanan (endurance) lapan jam yang akan berlangsung di Litar Suzuka, Jepun pada 1 hingga 3 Ogos ini.

Mereka bukan sekadar tampil untuk berlumba, akan tetapi menjalankan ujikaji dengan menggunakan bahan api mampan 100 peratus.

Jentera lumba Suzuki GSX-R1000R itu akan dikuasakan sepenuhnya oleh bahan api Excellium Racing 100 yang dibangunkan oleh TotalEnergies.

Bahan api mampan tersebut dihasilkan dengan menggunakan bahan buangan seperti sisa anggur, minyak masak terpakai serta produk sampingan daripada industri makanan.

Dengan penggunaan bahan api tersebut, ia mampu mengurangkan pelepasan emisi CO2 sehingga 65 peratus.

Jentera GSX-R1000R itu akan dikendalikan oleh pelumba Yoshimura SERT Motul, iaitu Etienne Masson dibantu oleh penunggang uji MotoGP Suzuki, Takuya Tsuda.

Menariknya, kesemua kakitangan pasukan tersebut terdiri daripada para pekerja Suzuki itu sendiri, dan ia merupakan satu petanda jelas mereka bukan sekadar untuk berlumba.

Menurut pengarah pasukan Shinichi Sahara semasa acara pameran Tokyo Motorcycle Show, “Kami serius untuk cuba mencapai keputusan yang lebih baik berbanding tahun lepas, dan sudah tentu untuk meraih kemenangan.

“Ia hanya dapat diperoleh menerusi proses pembangunan pada had yang lebih ekstrem.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here