Suzuki mahu bina kilang motosikal kedua di India, kapasiti 750k unit setahun

37

Pasaran India sememangnya memainkan peranan penting untuk segmen motosikal.

Selepas Honda, minggu ini Suzuki Motorcycle India Pvt. Ltd. dilapor mahu membina kilang pemasangan motosikal kedua yang terletak di Kharkhoda, Haryana.

Kilang bernilai $137 juta (RM580 juta) ini bakal menambah kapasiti pengeluaran sebanyak 750,000 unit setahun menjelang tahun 2027 dan menyediakan 2,000 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Buat masa ini, Suzuki masih belum memutuskan model mana yang bakal dipasang di kilang baharu itu.

Namun, melihatkan kepada permintaan yang tinggi, tidak mustahil model-model sub-250 cc seperti Access, Burgman Street, V-Strom SX atau siri Gixxer dipilih sebagai tumpuan utama.

Selain itu, ia juga boleh menjadi lokasi pemasangan bagi skuter elektrik e-Burgman yang sudah pun mula diuji di pasaran Jepun.

Dengan kapasiti produksi yang agak besar, Suzuki boleh membekalkan motosikal untuk pasaran eksport seperti Asia Tenggara, Afrika dan Amerika Latin.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here