Bukan Motocompo, tapi Pantheon Compo yang dihasilkan guna mesin cetak 3D!

24

Walaupun dihasilkan dalam tempoh masa yang agak singkat, skuter boleh lipat Honda Motocompo ternyata mampu menjadi buruan di kalangan golongan pengumpul.

Tidak dinafikan harga yang agak mahal untuk sebuah produk tahun 80-an.

Ya, Honda ada menawarkan kembali skuter boleh lipat generasi baharu Motocompacto, namun sayang sekali skuter elektrik tersebut tidak mempunyai ‘wow factor‘ yang sama seperti model asal.

Dengan teknologi percetakan 3D yang semakin maju, anda sebenarnya boleh mendapatkan produk seakan Motocompo di rumah sendiri.

Syarikat Kanada yang digelar sebagai Pantheon Design memperlihatkan projek Compo yang dihasilkan menerusi proses percetakan tiga dimensi.

Boleh dikatakan hampir kesemua komponen dibina menggunakan bahan polimer nilon gentian karbon.

Malah pada asalnya Compo ini menggunakan bar hendal jenama BMX sebelum menghasilkan sendiri bar hendal menggunakan percetakan 3D.

Untuk membuktikan betapa kukuhnya struktur motosikal yang dibina, pasukan Pantheon Design turut melakukan ujian seperti loncatan dan tunggangan di selekoh.

Satu pujian harus diberikan kerana penunggang uji sanggup memakai helmet dan jaket kulit penuh untuk memastikan keselamatan terjamin sewaktu ujian dibuat.

Pantheon Design juga merancang untuk menghasilkan skuter 3D ini dalam unit yang agak terhad.

Namun, jika ada peluang untuk mencetak sendiri skuter ini di rumah, adakah anda akan melakukannya?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here