Penstrukturan semula: Nissan mahu jual bangunan ibu pejabat di Jepun

38

Nissan Motor Co. sedang mempertimbangkan langkah untuk menjual bangunan ibu pejabatnya di Yokohama, Jepun bagi menampung kos berkaitan penutupan kilang dan langkah penstrukturan semula yang sedang dijalankan.

Ia adalah berikutan Nissan mencatatkan kerugian bersih bernilai 670.9 bilion yen (RM19.74 bilion) untuk tahun fiskal berakhir Mac lalu setelah kerugian rosot bernilai 460 bilion yen (RM13.54 bilion) dan kos penstrukturan semula sebanyak 60 bilion yen (RM1.77 bilion) di dalam rancangan pembaharuannya.

Biarpun selepas menjual ibu pejabatnya, Nissan berkemungkinan besar akan menyewa semula bangunan tersebut dari pemilik baharu untuk meneruskan operasinya.

Pengeluar kereta terbesar di Jepun itu sebelum ini mengumumkan langkah untuk menutup tujuh daripada 17 kilang pemasangan global dan membuang sehingga 20,000 orang pekerja.

Ditambah pula dengan tekanan jualan kenderaan yang semakin merudum di pasaran Amerika Syarikat dan China, Nissan mahu menyelaraskan kembali operasi globalnya untuk memperoleh keuntungan pada tahun fiskal akan datang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here