Nissan sahkan Skyline baharu akan muncul kembali

7

Nissan Skyline merupakan salah satu plat nama yang tertua di dalam sejarah automotif dunia.

Nama tersebut lebih terkenal di kalangan para peminat kereta sports (Skyline GT-R).

Namun, selain daripada kereta sports, Skyline juga penah menjadi sedan, coupe, convertible, wagon, tidak ketinggalan SUV dan van penghantaran barang.

Nissan merancang untuk memperkenalkan beberapa buah model baharu dibawah jenama Nissan dan Infiniti.

Salah satu plat nama yang cukup mencuri tumpuan ialah Skyline.

Nissan Skyline pada ketika ini masih lagi ditawarkan sebagai model sedan, namun untuk masa depan tidak dapat dipastikan nasib nama Skyline itu.

Adakah ia kekal sebagai sedan atau bakal berubah menjadi SUV semula?

Di sebalik perancangan yang optimis itu, Nissan kini sedang berusaha untuk pulih semula dengan perancangan untuk menutup sehingga tujuh kilang dan membuang 20,000 tenaga pekerja.

Nissan juga merancang untuk mengurangkan tahap kerumitan alat ganti sebanyak 70 peratus dan mengecilkan platform sedia ada daripada 13 kepada tujuh sahaja menjelang dekad berikutnya.

Berbanding pendekatan terdahulu yang memakan masa 52 bulan, Nissan mahu model baharu dibangunkan dalam tempoh 37 bulan sahaja, dengan kitaran pembangunan dipendekkan daripada 50 kepada 30 bulan.

Nissan juga mahu mengurangkan kos purata setiap jam pekerjanya sebanyak 20 peratus menerusi peruntukan sumber R&D yang lebih cekap untuk semua pasukan global.

Tidak semua model akan dibina secara dalaman, Nissan akan menggunakan kaedah kejuruteraan penukaran lencana untuk model seperti Micra EV, Rogue PHEV dan sebuah EV berdasarkan Renault Twingo.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here