Nissan Skyline Nismo debut di Jepun, harga mula RM252k

781

Nissan Skyline Nismo melakukan debut perdana yang mana hanya 1,000 unit dikeluarkan khas buat pasaran Jepun.

Ada beberapa naiktaraf prestasi yang dilakukan antaranya talaan khas pada bahagian suspensi bagi meminimumkan olengan badan.



Rim 19-inci Enkei kini lebih ringan, lebar dan kukuh berbanding yang digunakan pada model Skyline yang lain.

Nissan turut menaiktaraf pad brek dan talaan semula Sistem Brek Anti Kunci (ABS) bagi menghentikan kenderaan pada jarak lebih pendek.

Janakuasa pula menggunakan enjin 3.0 liter V6 turbo berkembar yang menghasilkan kuasa 420hp dan tork 550Nm. Tawaran mod pemanduan sport dan sport+ akan mengubah prestasi enjin dan suspensi serta tukaran gear transmisi 7-kelajuan automatik.

Sementara, penampilan luaran pula didatangkan dengan kit badan moden menerusi fascia depan dan belakang khas Nismo, sill sisi, naiktaraf lampu dan lencana Nismo.

Turut terdapat kemasan merah dan hitam pada luaran dan kabin Skyline.  Lencana Nismo turut ditempatkan pada kerusi Recaro, konsol tengah dan kluster instrumen.

Nissan berkata Skyline Nismo akan dilancarkan pada September menerusi dua varian iaitu 900 unit dalam versi standard dan selebihnya Skyline Nismo Limited. Harga jualan bermula daripada JPY 7,880,400 (RM252, 222).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here