
Disebabkan peraturan pelepasan emisi yang semakin ketat, Ducati memutuskan untuk menghentikan terus penawaran enjin 937 cc Testastretta bagi model Monster dan DesertX.
Perkara itu disahkan menerusi dokumen yang dihantar oleh pengeluar tersebut kepada agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA).
Enjin Testastretta itu akan digantikan dengan nadi V2 890 cc yang sama digunakan pada model Panigale V2, Streetfighter V2 dan Multistrada V2.
Enjin berkuasa 120 hp dan 93.3 Nm itu dikatakan lebih ringan 5.9 kg berbanding enjin Testastretta 11° 937 cc yang berkuasa 111 hp dan 93 Nm.
Difahamkan, model Monster akan menggunakan rekaan casis modular yang turut wujud pada Multistrada V2, Panigale V2 dan Streetfighter V2.
Sementara model generasi baharu DesertX pula akan menggunakan casis khusus sesuai dengan sifatnya untuk kegunaan off-road.