Utama Berita Automotif Ducati V21L: motosikal elektrik pertama dengan bateri solid-state canggih

Ducati V21L: motosikal elektrik pertama dengan bateri solid-state canggih

6

Inilah Ducati V21L, motosikal elektrik pertama di dunia yang dilengkapi dengan bateri solid-state serba baharu buatan QuantumScape.

Bateri lithium tersebut dibangunkan oleh QuantumScape menerusi kerjasama dengan PowerCo SE, syarikat bateri yang dimiliki oleh Volkswagen Group.

Buat masa ini, V21L akan ‘bertugas’ sebagai jentera lumba di dalam FIM MotoE™ World Cup.

Jentera lumba elektrik ini akan dilengkapi dengan 980 sel QSE-5 dengan kapasiti 5Ah, bermakna ia boleh dicas dari 10-80 peratus dalam masa 12 minit.

Tidak seperti pek bateri konvensional, pek bateri solid-state menawarkan manfaat seperti tahap ketumpatan tenaga yang lebih tinggi dalam pakej yang lebih kompak, pengecasan lebih pantas dan lebih selamat.

Pengecasan pantas juga boleh mengubah sesi hentian pit MotoE menjadi salah satu strategi perlumbaan yang lebih berkesan, di mana pasukan boleh menyasarkan tempoh masa pengecasan yang lebih singkat untuk prestasi maksimum di dalam litar.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here