Utama Berita Automotif Ducati Barista M3 1926, ‘mesin’ Itali paling mampu beli

Ducati Barista M3 1926, ‘mesin’ Itali paling mampu beli

4

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-100, Ducati menunjukan seni kejuruteraan mereka pada sebuah produk yang mampu beli dan penting untuk memulakan kehidupan seharian. 

Produk yang dimaksudkan itu ialah mesin espresso Barista M3 1926. 

Dihasilkan dalam 1,926 unit sahaja, mesin kopi Brista M3 1926 Limited Edition Carbon Fiber by Ducati ini menampilkan binaan yang terdiri daripada tiga lapisann gentian karbon twill-weave setebal 1.5 mm. 

Ia merupakan bahan komposit yang sama digunakan pada superbike Ducati. 

Rekaan tiga dial mekanikal memberikan rasa dan sentuhan premium sama seperti memusing tombol pada superbike. 

Mesin ini boleh menghasilkan 12 jenis minuman termasuklah espresso, latte dan macchiato, dengan sepantas 7 saat sahaja minuman anda siap dibru – ibarat pecutan pantas jentera Ducati

Pemilik juga boleh melaraskan suhu minuman antara 70-96 darjah Celcius, serta pilihan kekuatan minuman (light, standard atau strong). 

Mesin ini juga turut mempunyai steam wand, penapis air terbina serta bekas kapsul yang boleh memuatkan sehingga 20 kapsul gaya Nespresso.

Sama seperti motosikal Ducati moden, mesin kopi ini turut hadir dengan aplikasi Barista by Ducati untuk membantu tugas-tugas penyelenggaraan berkala dan memantau statistik penggunaan. 

Setiap satu mesin Barista M3 1926 Limited Edition Carbon Fiber by Ducati ini dijual pada harga €2,599 (RM11,966). 

Stok untuk kumpulan pertama telah pun habis terjual, jadi anda perlu mendapatkan stok kumpulan kedua yang dijangka akan dihantar pada Oktober 2026. 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here