Utama Berita Automotif MForce Bike Holdings rasmi miliki pusat servis motosikal terbesar di Malaysia

MForce Bike Holdings rasmi miliki pusat servis motosikal terbesar di Malaysia

4

MForce Bike Holdings Sdn Bhd melakar sejarah tersendiri apabila secara rasmi membuka pusat servis motosikal terbesar di Malaysia, yang terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur di Segambut.

Pusat servis berkeluasan kira-kira 77,000 kaki persegi, dengan nilai pelaburan dianggarkan mencecah RM40 juta, membuktikan komitmen jangka panjang MForce dalam memperkukuh perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan.

Pusat servis mega ini dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk pusat servis berkapasiti besar, ruang rehat pelanggan, dewan serbaguna, serta showroom yang menampilkan semua model motosikal di bawah MForce.

Selain itu, pusat servis berkenaan menyediakan kemudahan sokongan lain yang serba moden dan menyeluruh.

MForce turut mengumumkan perancangan agresif bagi tahun ini dengan pelancaran lebih 40 model baharu untuk pasaran Malaysia, merangkumi pelbagai segmen dan keperluan pengguna.

Lebih membanggakan, MForce mengumumkan sebanyak 13,555 unit motosikal didaftarkan sepanjang Januari 2026, sekali gus mencatatkan rekod tertinggi jualan bulan Januari sepanjang sejarah syarikat tersebut.

Pencapaian itu juga mencerminkan penerimaan positif pasaran serta keyakinan pengguna terhadap jenama-jenama di bawah naungan MForce.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here