Vespa Officina 8 (2025) dilancarkan dengan warna biru unik

10

Vespa membawakan penawaran baharu untuk tahun 2025 menerusi pengenalan model Officina 8 sebagai tanda penghargaan kepada ruang kerja rahsia Vespa Officina Sperimentale.

Officina 8 (2025) terdiri daripada tiga model skuter, iaitu Primavera 50 SE, Primavera 150 SE dan GTV 310 Special Edition.

Ketiga-tiga skuter Vespa ini dilayangkan dengan warna kusam metalik istimewa “Blu Officina 8”.

Terdapat juga aksesori dan pakaian yang boleh diserasikan dengan warna tersebut termasuklah jaket, t-shirt, beg, helmet jet, top box dan sepasang sarung tangan tunggangan.

Kesemua skuter Officina 8 turut didatangkan dengan kit selamat datang yang terdiri daripada tin komemoratif istimewa, buku panduan, serta dokumen khas berkenaan Officina Sperimentale.

Di Amerika, Vespa Officina 8 dijual pada harga bermula dari $4,599 (RM19,610) untuk Primavera 50 SE, $5,999 (RM25,580) untuk Primavera 150 SE dan $8,699 (RM37,093) untuk GTV 310 Special Edition.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here