
Vespa Primavera dan Vespa Sprint S pasaran Eropah diperkenalkan dengan beberapa pembaharuan untuk tahun 2026.
Garisan reka bentuk Vespa yang anggun dan ikonik kini memuatkan tiga pilihan enjin petrol generasi terkini (50 cc, 125 cc dan 150 cc) serta dua versi elektrik termasuk pilihan bateri boleh tanggal
Model-model ini bukan sahaja mengekalkan badan monokok keluli ikonik Vespa tetapi juga menerima kemas kini estetik dan praktikaliti menjadikannya pewaris sejati kepada legasi Vespa Primavera 1960-an.
Pilihan Rangkaian Kuasa
Kedua-dua Vespa Primavera dan Vespa Sprint S ditawarkan dalam pilihan enjin pembakaran dalaman dan juga elektrik.
- Enjin Petrol: Tiga varian enjin petrol 4-lejang, 3-injap dengan suntikan bahan api elektronik: 50 cc, 125 cc dan 150 cc.
- Versi Elektrik:
- Versi Moped: Kelajuan maksimum terhad pada 45 km/j (jenis diluluskan sebagai moped). Dilengkapi bateri boleh tanggal untuk memudahkan pengecasan.
- Versi Motosikal: Tersedia dalam trim Vespa Primavera Tech.
Teknologi dan Keselamatan
Sistem Brek Dwi Cakera
Ciri keselamatan utama ialah peningkatan sistem brek dengan dua cakera.
Brek dram belakang kini digantikan dengan cakera keluli 220 mm bersama angkup dua omboh, berfungsi selari dengan brek cakera hadapan yang dilengkapi sistem kawalan ABS.
Sistem Tanpa Kunci
Semua versi melebihi 50 cc kini dilengkapi sistem tanpa kunci. Ini membolehkan penunggang menghidupkan enjin tanpa memasukkan kunci fizikal.
Fungsi kunci fob juga merangkumi:
- Pembuka kunci tempat duduk (tanpa kunci fizikal).
- Fungsi pengecaman jarak jauh dengan menyalakan lampu isyarat membelok.
Papan Pemuka Baharu
Papan pemuka yang serba baharu kini menggabungkan reka bentuk meter klasik Vespa dengan teknologi LCD penuh dan memaparkan semua maklumat secara digital.
- Vespa MIA: Platform multimedia ini (standard pada Primavera Tech dan aksesori pilihan pada model lain) membolehkan sambungan telefon pintar untuk pengurusan panggilan, mesej, muzik dan navigasi turn-by-turn.
- Paparan Berbeza: Primavera menampilkan grafik putih/hitam (tradisional), manakala Sprint S menampilkan riasan merah yang sporti. Kedua-dua model mempunyai mod dua paparan siang/malam.
- Primavera Tech: Mengekalkan paparan TFT berwarna penuh 5-inci.
Gaya dan Reka Bentuk Luaran
Kemas kini rekaan memberi suntikan segar kepada model urban Vespa ini, sambil mengekalkan identiti reka bentuknya yang tidak lapuk ditelan zaman.
- Roda 12-inci Baharu: Reka bentuk lima jejari terbelah yang elegan.
- Sprint S: Eksklusif dengan gril lima bilah baharu pada panel sisi kiri.
- Primavera: Crest pada fender hadapan telah direka bentuk semula dan diperhalusi (hasil penyelidikan teliti dalam bentuk dan perincian).
- Perincian Badan: Perincian rekaan menjadikan elemen tengah pada pelindung kaki (leg shield) kini tampil lebih kemas. Pelana dikemas kini dengan bahan baharu yang disesuaikan dengan kemasan badan.
- Aksesori: Bar perlindungan hadapan, belakang dan fender direka bentuk semula. Cangkuk beg boleh lipat di bawah hendal masih dikekalkan untuk praktikaliti harian.
Warna dan Varian
Vespa Primavera dan Sprint S 2026 ditawarkan dalam pelbagai warna baharu dan klasik, setiap satunya melambangkan personaliti tersendiri.
Vespa Primavera:
- Warna tersedia: Bianco Innocente, Nero Convinto, Verde Amabile, Blu Energico.
- Warna baharu/eksklusif: Beige Avvolgente (untuk versi petrol sahaja).
- Kesemua dilengkapi dengan kemasan krom yang elegan.
Vespa Primavera S:
- Warna tersedia: Bianco Innocente.
- Warna baharu: Giallo Disinvolto.
- Menampilkan balutan pelana, kemasan dan grafik yang eksklusif.
Vespa Sprint S:
- Warna tersedia (Petrol sahaja): Bianco Innocente, Rosso Coraggioso, Blu Eclettico.
- Warna tersedia (Petrol & Elektrik): Nero Convinto matte dan Verde Ribelle baharu.
- Menampilkan grafik menarik dan perincian hitam yang menyerlah (matte atau berkilat).
Vespa Primavera Tech:
- Tersedia dalam warna: Blu Energico Opaco dan Grigio Ottimista Opaco.
Vespa Primavera 150 2026
Vespa Primavera S 125 2026
Vespa Sprint S 125 2026
Vespa Primavera Tech 125 2026














































