Volkswagen Polo Edition 50 rai lima dekad di pasaran, harga RM137,000

87

Lima dekad dalam pasaran adalah satu pencapaian yang membanggakan, dan Volkswagen meraikannya dengan pelancaran Polo Edition 50 baharu.

Di sebalik sambutan ini, keterujaaan dan fenomena Polo satu ketika dahulu di pasaran tempatan tidak lagi dinikmati selepas model generasi keenam tidak ditawarkan.

Polo generasi keenam sebenarnya sudah berada di pasaran sejak 2017.

Walaupun tiada di bilik pameran Volkswagen, anda tetap boleh memilikinya melalui unit yang dibawa pengimport bebas.

Model istimewa ini bukan sekadar Polo biasa, ia datang dengan pelbagai ciri tambahan.

Gaya dengan Sentuhan Khas

Polo Edition 50 dibina berasaskan varian Polo Style sedia ada dengan sentuhan kemasan yang lebih eksklusif.

Dari luaran, ia tampil bergaya dengan rim aloi Coventry bersaiz 16 inci (pilihan 17 inci Torosa juga ada), tingkap belakang berwarna gelap untuk privasi dan yang paling menarik, lencana 3D ’50’ yang unik pada tiang-B.

Melangkah ke ruang dalaman, kemeriahan ulang tahun ke-50 ini diteruskan.

Pemandu disambut dengan tulisan ‘Edition 50′ pada ambang pintu hadapan, nombor ’50’ pada kemasan stereng bawah, dan juga pada papan pemuka kilatan tinggi di bahagian penumpang.

Ciri dan Teknologi Terkini

Model istimewa Polo ini turut menyerlah dengan pelbagai kelengkapan tambahan yang disertakan sebagai standard:

  • Pedal bergaya krom
  • Pelapik bumbung hitam
  • Lampu suasana (ambient lighting)
  • Pakej krom yang merangkumi cermin elektrik, suis, dan corong udara.
  • Kerusi depan sport dengan fungsi pemanas
  • Stereng kulit pelbagai fungsi
  • Sistem kamera undur
  • Pakej bantuan pemandu Park & Comfort yang canggih, termasuk sistem perlindungan penumpang proaktif, sistem bantuan tukar lorong Side Assist, dan Park Assist dengan Park Distance Control serta Rear Traffic Alert.
  • Sistem maklumat hibur Discover Media dengan fungsi strim dan internet.
  • Pilihan profil pemanduan

Bagi pelanggan yang inginkan lebih lagi, terdapat pakej Plus pilihan.

Pakej ini terdiri daripada bumbung suria panoramik yang besar, penyaman udara automatik dwi-zon, dan sistem Keyless Access untuk kemasukan dan penghidupan enjin tanpa kunci.

Pilihan Enjin dan Manual!

Polo Edition 50 ditawarkan dengan tiga pilihan enjin yang berbeza.

Model asas datang dengan enjin 95 ps (70 kW) dan transmisi manual, ditawarkan pada harga EUR 28,200 (RM137,707.96) di Jerman.

Selain itu, dua pilihan enjin lain, 95 ps (70 kW) dan 116 ps (85 kW) boleh didapati dengan transmisi DSG tujuh kelajuan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here