#MAS2025: Vespa Sprint Tech 2025 dilancar – panel TFT baharu, 12hp, ABS, RM23k

29

Didi Group dan Vespa hari ini memperkenalkan Sprint Tech di acara Malaysia Autoshow 2025. Model ini meneruskan tradisi Vespa dengan membawakan rekaan timeless dan elegan tetapi dengan teknologi terkini.

Vespa Sprint Tech 2025 hadir dengan kombinasi warna hitam, kelabu berserta kemasan hijau-fluo. Terdapat lampu sisi baharu yang akan diaktifkan bila anda menekan “Bike finder” atau menghidupkan enjin.

Ia juga dilengkapi dengan paparan TFT baharu bersaiz 5-inci dengan mod siang serta malam. Ia berhubung dengan Vespa MIA dan Vespa App dimana anda boleh menggunakan telefon pintar bagi mengawal dan mengakses pelbagai maklumat seperti muzik, mesej, notifikasi, dan navigasi.

Vespa Sprint Tech 2025 dipacu enjin 155cc 4-lejang silinder tunggal dengan 12hp dan 12.7Nm tork, dipadankan dengan transmisi CVT klac kering.

Untuk suspensi, Sprint Tech 2025 menggunakan lengan tunggal dengan spring serta penyerap hentak hidraulik di depan, manakala spring helikal dengan pelaras penyerap hentak (4 posisi) di belakang.

Rim pula adalah 12-inci sementara sistem brek terdiri dari cakera 200mm di depan dan dram 140mm di belakang, kedua-duanya dengan ABS.

Harga ditawarkan untuk Vespa Sprint Tech ialah RM22,900.

GALERI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here