#MAS2025 : BSH rasmi lancar CB1000 SP, harga RM69,999

44

Boon Siew Honda (BSH) rasmi memperkenalkan CB1000 SP ke pasaran tempatan pada harga cadangan RM69,999 seunit.

Jentera itu menggunakan enjin berprestasi tinggi daripada CBR1000RR Fireblade. Enjin 1,000cc penyejukkan cecair, DOHC yang menghasilkan kuasa 115.6kW @ 11,000rpm dan tork 107Nm @ 9,000rpm.

Tambahan output 4kW dan 2Nm itu dicapai melalui penambahan injap ‘Revolutionary Controlled (RC)’ dalam peredam ekzos 7.1 liter, berbanding versi terdahulu.

Kemudian hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi klac basah berbilang plat dengan transmisi 6-kelajuan ‘constant mesh’. 

Kecekapan penggunaan bahan api disokong oleh PGM-FI (Programmed Fuel Injection), bersama tangki minyak berkapasiti 17 liter. 

RINGKASAN SPESIFIKASI

  • Tork pertengahan yang lancar sesuai untuk tunggangan harian dan konvoi minggu.
  • Nisbah gear dan klac assist/slipper yang disemak semula meningkatkan pecutan dan kelancaran semasa penurunan gear.
  • ‘Quickshifter’ boleh laras membolehkan pertukaran gear tanpa klac (naik/turun) untuk peralihan yang lancar.
  • Reka bentuk minimalis menampilkan projektor LED berkembar dan kini rekaan tangki minyak lebih muskular.
  • Rangka keluli ‘twin-spar’ baharu dipadankan dengan paparan TFT 5-inci dengan ketersambungan aplikasi Honda RoadSync membolehkan akses kepada panggilan telefon, muzik, navigasi dan notifikasi.
  • Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork Showa SFF-BP 41mm boleh laras sepenuhnya dan penyerap hentak belakang Öhlins dengan Pro-Link.
  • Kecekapan membrek diserahkan kepada cakera berkembar 310 mm di depan dan cakera tunggal 240mm dengan piston tunggal Nissin serta Sistem Brek Anti Kunci (ABS)
    dan Signal Henti Kecemasan Emergency Stop Signal (ESS). 
  • Tiga mod tunggangan (Sport, Standard, Rain) serta dua mod USER yang boleh disesuaikan untuk menala tahap Power (P), Engine Brake (EB), dan HSTC/Wheelie Control (T).
  • Honda Selectable Torque Control (HSTC) empat tahap dan Kawalan Wheelie Control meningkatkan cengkaman dan kestabilan dalam pelbagai keadaan.

PENGGAYAAN :

  • Rekaan agresif berdasarkan konsep “AGGRESSIVE & PURE”.
  • Lampu depan projektor LED berkembar yang padat untuk penglihatan dan profil muka depan yang tajam.
  • Bahagian ekor menampilkan susunan lampu yang direka semula, memisahkan lampu brek dan lampu nyalaan.
  • Rangka twin-spar keluli baharu meningkatkan ketegaran torsional untuk pengendalian lebih tajam dan kestabilan lebih tinggi.
  • Rangka baharu mengurangkan berat keseluruhan dan menggabungkan titik enjin yang dipasang getah untuk tunggangan lebih lancar.
  • Pusat graviti condong ke hadapan yang kemudian dipadankan dengan warna emas pada fork dan rim. 
  • Bar hendal ‘tapered’ baharu dan ergonomik ‘streetfighter’ yang tegak menawarkan postur tunggangan selesa untuk jarak jauh.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here