Prodrive lancar simulator perlumbaan, harga bermula RM207,833

635

Jika mahu memiliki simulator perlumbaan ‘plug-and-play’ terbaik yang dijual hari ini, Prodrive boleh membantu anda. 

Nama Prodrive sudah tidak asing lagi dalam sukan permotoran legenda, kerana syarikat itu berjaya membina beberapa kereta rali terbaik di dunia.

Prodrive bertanggungjawab membina kereta Subaru Rali legenda yang dipandu oleh Collin McRae hingga mencapai kemenangan pada tahun 1995. 



Di luar rali, Prodrive telah menemui kejayaan membina pelumba litar seperti kereta British Touring dan kereta GT yang bersaing dalam perlumbaan endurance dan banyak lagi.

Simulator perlumbaan itu mempunyai semua titik sentuh kereta lumba sebenar tanpa sebarang risiko. Ia bakal memberikan pengguna pengalaman simulator perlumbaan sebaik mungkin.

Simulator perlumbaan itu menampilkan tab gentian karbon yang terapung dalam kanopi yang terdiri daripada 16 lapisan kayu birch. 

Menurut Prodrive, ia menggunakan sistem yang dibina khas dengan kad grafik GeForce RTX 12GB dan memori 16GB di tengah-tengahnya dengan skrin 49 inci melengkung.

Stereng SIM Precision ditambah dengan motor stereng Simcube membolehkan input pemanduan yang tepat, dan kotak pedal mekanikal dipilih untuk melengkapkan pengalaman yang realistik. 

Simulator Perlumbaan Prodrive kini boleh didapati terus daripada Prodrive, berharga £39,000 (RM207,833) tidak termasuk VAT, duti dan penghantaran. 

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here