Padunya kereta JDM, ada sanggup bayar lebih RM700K Mitsubishi Evolution VI “Tommi Makinen Edition” ini!

1485

Selepas tujuh hari dengan 92 bidaan, akhirnya Mitsubishi Evolution VI “Tommi Makinen Edition” ini dijual pada harga $168,300 USD (RM748,104), menjadikannya satu daripada Lancer EVO paling mahal yang pernah dijual di lelongan.

Inilah satu fenomena yang sudah menjadi sinonim ketika ini. Boleh dikatakan semua jentera JDM terutama kenderaan berprestasi, harganya semakin melambung mahal saban tahun.

Mitsubishi Evo ini hadir dengan ciri standard dengan jarak pemanduan hanya 16,663 km dalam 21 tahun selepas dibeli oleh pemiliknya.



Ia masih menggunakan enjin empat silinder sebaris “4G63” pengecas turbo 2.0 liter yang menghasilkan 276 hp. Kuasa itu dihantar ke empat-empat roda melalui transmisi manual lima kelajuan.

Jentera warna perak ini, adalah unit yang 75 daripada 2,500 Edisi Tommi Makinen yang pernah dibuat. Ia dijual Collecting Cars menerusi acara bidaan.

Mitsubishi EVO itu dihasilkan sempena meraikan Tommi Makinen sempena kemenangannya dalam Kejuaraan Pemandu WRC keempat berturut-turut.

Jentera edisi terhad itu memiliki kit badan yang digayakan semula dengan padanan penggantungan yang direndahkan sebanyak 10 mm.

Ia turut dilengkapi ekzos yang dipertingkatkan dan pengecas turbo titanium yang direka bentuk untuk berpusing lebih pantas daripada turbo standard.

Pada masa sama, ia dilengkapi dengan pelindungi bahagian roda Ralliart merah, selain dipadankan rim Enkei Ralliart 17 inci putih yang dibaluti tayar Michelin Pilot Sport 4.

Bahagian dalamannya dilapisi dengan suede sintetik hitam, dengan sisipan berlubang merah pada tempat duduk hadapan yang dibekalkan oleh Recaro. Pada kerusi itu juga, terdapat sulaman Makinen Edition putih.

Padanan stereng Momo berjenama Mitsubishi dengan jahitan merah, stereo VDO dengan pemain CD, cermin sisi berkuasa dan tombol gear kulit hitam.

Semoga pemilik barunya itu, kekal bahagian bersama Mitsubishi Evolution VI edisi Tommi Makinen Edition!

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here