X-Bow GTX, jentera KTM berkuasa 600hp untuk litar

2057

Syarikat pengeluar motosikal dari Austria, KTM kembali mencipta semula kereta sport. Mereka menjadi jenama ketiga untuk menyertai kelas perlumbaan GT2 baru dengan menggunakan jentera baru ini yang diberi nama X-Bow GTX.

Gambar teaser X-Bow GTX ini telah didedahkan secara rasmi oleh syarikat tersebut. Model untuk perlumbaan GT2 kelihatan agak mengagumkan. Kereta ini akan mula diperkenalkan kepada umum akhir tahun ini.



Kereta sport ini akan dikuasakan oleh enjin turbo 2.5-liter 5-silinder dari Audi yang mampu menghasilkan 600hp dalam bentuk GT2 dan lebih daripada 500hp untuk versi GTX.

Dengan berat hanya 1,000 kg, KTM X-Bow GT2 mempunyai nisbah kurang daripada 2.0kg/hp.

“Kami memindahkan unsur-unsur jenama KTM yang penting yaitu ekstrim, prestasi dan kesucian. Juga disertakan bersama-sama dengan kepakaran bidang teras KTM, termasuk teknologi motosikal sport canggih, pembinaan yang sangat ringan dan komponen berkualiti tinggi dalam sebuah kereta lumba,” kata seorang ahli lembaga KTM, Hubert Trunkenpolz.

Seperti yang diketahui, pada tahun ini, akan diperkenalkan kelas perlumbaan yang baru iaitu kelas GT2. Ia menjanjikan lebih kuasa daripada kereta perlumbaan pada perlumbaan kelas GT3, dengan pelumba baru jenama dari Austria itu akan memberi saingan kepada Porsche dan Audi.

KTM adalah pengeluar pertama yang menawarkan homologated monocoque penuh dengan GT cage dan kerusi yang canggih. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here