Jorge Lorenzo tak jadi bersara, kembali ke MotoGP 2020!

1366

Pada akhir musim perlumbaan tahun 2019, Jorge Lorenzo telah mengumumkan penghujung kariernya sebagai pelumba MotoGP. Pengumuman ini berdasarkan dari prestasinya yang tidak pernah bertambah baik selepas mengalami kecederaan tulang belakang.

Jorge Lorenzo MotoGP

Walau bagaimanapun, Jorge Lorenzo akan kembali ke MotoGP musim ini. Bekas juara dunia 5 kali itu telah menyetujui kontrak sebagai pelumba ujian untuk Yamaha Factory Racing Team.



Pelumba yang berasal dari Sepanyol itu akan kembali menunggang Yamaha YZR-M1 dalam ujian pra musim di litar Sepang pada 2-4 Februari 2020. Lorenzo akan diiringi oleh Silvano Galbusera, bekas mekanik Valentino Rossi.

“Kami sangat gembira menyambut kembali Lorenzo ke Yamaha. Apabila kami mendapat berita tentag persaraan Jorge sebagai pelumba, kami menghubunginya untuk datang kepada kami,” kata Lin Jarvis, Pengarah Urusan Yamaha Factory Racing Team.

Jorge Lorenzo MotoGP

Keputusan Yamaha untuk merekrut Jorge tidak dapat dipisahkan dari kejayaan mereka dalam MotoGP. Bersama Yamaha, Lorenzo berjaya memenangi 3 gelaran juara dunia dalam acara perlumbaan motosikal yang berprestij ini.

“Dengan kembali ke Yamaha, beberapa kenangan menarik kembali muncul. Bersama-sama, kami memenangi banyak podium dan 3 gelaran. Saya berterima kasih kepada Yamaha atas peluang ini,” kata pelumba berusia 32 tahun itu.

Sebelum ini, Yamaha Factory Racing Team mengejutkan dunia perlumbaan 2 roda ini dengan pengganti Valentino Rossi. Dalam MotoGP 2021 akan datang, kedudukannya akan digantikan oleh Rookie of the Year 2019, Fabio Quartararo yang akan bergandingan dengan Maverick Vinales.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here