Diskaun 18 peratus tol PLUS bermula tengah malam ini

1860

Pejabat Perdana Menteri telah mengumumkan penurunan kadar tol sebanyak 18 peratus untuk semua tol di lebuhraya PLUS. Perkara ini adalah susulan pengumuman pada 17 Januari lepas.

Diskaun ini akan diberikan kepada semua kenderaan penumpang, bas, dan teksi di Lebuhraya Utara Selatan termasuk senarai lebuhraya di bawah:



  • Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
  • Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)
  • Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE)
  • Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKDUA)
  • Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)
  • Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE), dan
  • Jambatan Pulau Pinang

Kadar tol untuk kenderaan komersil akan kekal pada kadar semasa tanpa peningkatan sehingga tamat tempoh konsesi.

Lim Guan Eng

 

Ini berikutan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri untuk menstrukturkan semula konsesi PLUS sebanyak RM42 bilion sepanjang tempoh konsesi baharu sehingga 2058.

Seperti diumumkan dalam Belanjawan 2020, kadar tol untuk kereta persendirian di Jambtan Kedua Pulau Pinang juga akan disamakan dengan kadar tol baharu Jambatan Pertama Pulau Pinang selepas diskaun 18 peratus bermula 1 Februari 2020.

Menurut siaran media oleh Menteri Kewangan, YG Lim Guan Eng, “Dengan penurunan kadar tol ini, kerajaan telah mengambil suatu langkah yang besar kea rah memenuhi janji untuk menghapuskan tol secara berperingkat dengan merunding semula perjanjian konsesi lebuhraya, seperti dinyatakan Manifesto Pakatan Harapan.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here