Utama Berita Automotif Cukai jalan tamat tempoh, JPJ sita CLA 200

Cukai jalan tamat tempoh, JPJ sita CLA 200

7
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Langkawi, Kedah menyita sebuah Mercedes-Benz CLA 200 selepas didapati Lesen Kenderaan Motor (LKM), pada Khamis.
 
Menurut kenyataan, hasil pemeriksaan juga mendapati kenderaan itu tidak lagi dilindungi insurans yang sah.
 
“JPJ Langkawi menegaskan bahawa status atau nilai sesebuah kenderaan bukan alasan untuk mengabaikan pematuhan undang-undang. 
 
“Kenderaan berkenaan dibawa ke Depoh Tahanan Kenderaan Sita JPJ Langkawi untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.
 
Sehubungan itu, pihak JPJ menasihatkan semua pemilik kenderaan agar prihatin dan memastikan LKM serta polisi insurans sentiasa diperbaharui demi menjamin keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain, di samping mengelakkan tindakan penguatkuasaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here