Utama Berita Automotif Toyota GR86 (2026) dapat naik taraf aspek pengendalian di Jepun

Toyota GR86 (2026) dapat naik taraf aspek pengendalian di Jepun

3

Kemas kini berkala daripada Toyota Gazoo Racing tiba lagi, dan kali ini dikhususkan untuk model kereta sports Toyota GR86 di pasaran Jepun. 

Enjin 2.4 liter aspirasi semula jadi masih lagi dikekalkan tanpa sebarang perubahan. 

Apa yang berubah ialah aspek pemanduan di mana Toyota menala semula komponen pendikit untuk respons yang lebih pantas dan linear, diikuti larasan semula terhadap stereng kuasa elektrik. 

Ini bermakna, pemandu boleh merasai peningkatan kestabilan ketika membelok dengan lebih pantas dan melalui permukaan yang tidak rata. 

Toyota turut mengubah ‘gate’ transmisi manual 6-kelajuan di mana bahagian chamfer antara gear 4 dan 5 dilebarkan 0.5 mm untuk memudahkan operasi penurunan gear. 

Perubahan ini nampak kecil, akan tetapi boleh dirasai terutama untuk geng kaki track day

Untuk ruang kabin, terdapat beberapa perubahan seperti kemasan hitam pada suis dan lebih banyak aksen merah tersedia. 

Selain itu, sistem bantuan pemandu EyeSight kini menggunakan tetapan tiga kamera, berbanding sistem dua kamera pada model terdahulu. 

Akhir sekali, model GR86 Cup Car Basic yang sebelum ini ditawarkan eksklusif dalam versi manual kini boleh didapati dalam versi transmisi automatik 6-kelajuan. 

Di Jepun, Toyota GR86 dijual pada harga bermula dari 2,936,000 yen (RM76,046) untuk versi RC, dan mencecah sehingga 3,616,000 yen (RM93,659) untuk varian RZ transmisi automatik. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here