Toyota GR86 dengan seragam JPJ dikesan di Sepang

447
Pengguna akaun Facebook Ronguman Corse memuat naik gambar sebuah Toyota GR86 dengan warna seragam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia dikeluarkan dari kontena di Litar Antarabangsa Sepang.
 
Hantaran itu menarik perhatian warga maya yang mana kereta sukan itu biasanya dikaitkan dengan prestasi dan sukan pemotoran, bukannya kenderaan rasmi penguatkuasaan.
 
 

Secara umum, livery rasmi kenderaan JPJ terdiri daripada kombinasi warna dan rekaan grafik yang standard.

Warna dominan yang sering dilihat pada kenderaan JPJ adalah putih atau biru gelap, dengan jalur dan grafik berwarna biru, merah, jingga, atau putih serta logo JPJ.

Luaran Toyota GR86 yang berwarna putih itu dipadankan dengan jalur dan grafik biru gelap, jingga dan hijau serta lambang JPJ.

Kombinasi warna tersebut sama dengan rekaan grafik yang sering dilihat pada kenderaan rasmi JPJ yang lain (seperti kereta peronda).

Kemungkinan penggunaan Toyota 86 itu untuk beberapa tujuan, antaranya kenderaan ujian, promosi mahupun tajaan.
 
Namun, akaun Facebook Super GT Malaysia mengesahkan kereta sukan itu digunakan untuk kenderaan keselamatan sempena Super GT Malaysia Festival yang akan berlangsung di SIC bermula 26 sehingga 28 Jun ini.
 
“Kereta keselamatan untuk Siri GR86 Piala Malaysia yang pertama kelihatan cantik! (Dan agak menakutkan bagi sesetengah pihak),” tulisnya. 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here