UMW Toyota Motor & Toyota GAZOO Racing Malaysia penaja utama Pusingan Malaysia Siri SUPER GT 2025

17

Siri perlumbaan, VIOS Challenge bakal mencatat sejarah dengan membuat penampilan sulung di peringkat antarabangsa sempena kembalinya AUTOBACS SUPER GT Series ke Malaysia selepas 12 tahun.

UMW Toyota Motor dan Toyota GAZOO Racing Malaysia (TGR Malaysia) tampil selaku Penaja Utama, menandakan satu lagi langkah strategik dalam misi mengangkat martabat sukan permotoran tempatan ke arena global.

SUPER GT Malaysia Festival akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang antara 26 sehingga 28 Jun 2025.

Sebagai satu daripada dua perlumbaan sokongan utama, VIOS Challenge akan menampilkan format baharu iaitu perlumbaan 1 jam menggantikan format pecut 30 minit. 

Perlumbaan itu bakal berlangsung merentasi keseluruhan 5.543km litar Sepang membabitkan tiga kelas bertanding:

  • Super Sporting (Profesional)
  • Sporting (Amatur)
  • Rookie Class (Pelumba muda pembangunan)

Lima pelumba muda dari Program Pembangunan Bakat Toyota GAZOO Racing yang dilancarkan pada 2021 akan turut bertanding, menjadikan perlumbaan itu sebagai satu platform penting buat generasi pelumba baharu negara.

Sehingga kini, seramai 22 pelumba sudah menamatkan program pembangunan itu, dengan lebih 10 pelumba kini aktif bersaing di peringkat tempatan, manakala 4 daripadanya sudah meraih kemenangan serta gelaran juara di pentas antarabangsa.

Menyambut musim kelapan pada 2025, VIOS Challenge terus menjadi platform perlumbaan akar umbi paling kompetitif dan mudah diakses di Malaysia dengan menawarkan jumlah hadiah wang tunai sehingga RM800,000.

Ia disertai 36 pelumba daripada Malaysia, Singapura dan Thailand. Semua pelumba menggunakan Toyota VIOS spesifikasi sama dengan enjin 1.5L dan transmisi 5-kelajuan

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here