Nahas UPSI : Bukan marah, pemandu bas jerit lepas dapati brek ‘kosong’

2588

Pemandu bas terlibat nahas yang mengorbankan seramai 15 pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Jeli-Gerik, Perak semalam memaklumkan dia terpaksa menjerit selepas mendapati brek tidak berfungsi.

Mohd. Amirul Fadhil Zulkifle, 39, berkata, dia bukannya marah dengan situasi tersebut, sebaliknya menjerit memberi peringatan kepada penumpangnya selepas mendapati kegagalan fungsi brek.

Mohd Amirul menerima rawatan di Hospital Taiping

“Saya sebenarnya bukan marah, tetapi menjerit ‘brek’ untuk memberi peringatan kepada penumpang yang kebanyakannya sedang tidur di dalam bas.

“Ikhlas daripada hati, saya memohon maaf kepada keluarga dan mangsa yang terlibat dalam nahas itu. Saya sudah cuba untuk menyelamatkan keadaan, tetapi brek sudah kosong dan tidak berfungsi,” katanya kepada Kosmo!. 

Semalam, Kosmo melaporkan salah seorang mangsa yang terselamat dalam nahas itu, Farhana Ab Aziz, 23, mendakwa, sebelum kejadian berlaku, dia terdengar bunyi bising dari arah tempat pemandu dan melihat lelaki tersebut seperti sedang marah.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here