Honda Malaysia panggil balik 87,490 kenderaan untuk penggantian pam bahan api

115

Honda Malaysia mengumumkan panggilan semula 87,490 unit kenderaan keluarannya bagi penggantian pam bahan api sebagai langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan kerosakan komponen.

Langkah itu membabitkan dua jenis komponen impeller pam bahan api dan pam tekanan tinggi.

Impeller Pam Bahan Api

Masalah pertama membabitkan impeller pam bahan api yang berisiko mengembang akibat rendaman bahan api dalam jangka masa panjang. Keadaan itu boleh menyebabkan kenderaan gagal dihidupkan atau enjin terhenti semasa dipandu, ia satu isu yang boleh menjejaskan keselamatan jika tidak ditangani segera.

Sebanyak 84,073 unit model terbabit ia merangkumi:

  • Honda Jazz – Keluaran tahun 2015-2020
  • Honda Jazz Hibrid – Keluaran tahun 2018
  • Honda City – Keluaran tahun 2014-2019
  • Honda City Hibrid – Keluaran tahun 2018-2019
  • Honda Civic – Keluaran tahun2017-2018
  • Honda Accord – Keluaran tahun 2013-2017
  • Honda BR-V – Keluaran tahun 2017-2018
  • Honda HR-V – Keluaran tahun 2015-2018
  • Honda CR-V – Keluaran tahun 2018-2020
  • Honda Odyssey – Keluaran tahun 2017 -2019

Pam Tekanan Tinggi Bahan Api

Masalah kedua membabitkan pam tekanan tinggi bahan api, yang berisiko retak akibat penggunaan berpanjangan dan tekanan berlebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan kebocoran bahan api atau bau petrol ketika enjin hidup, sama ada semasa dipandu atau melahu. Sebanyak 3,417 unit model Honda Civic dan CR-V dikenal pasti terjejas.

  • Honda Civic – Keluaran tahun 2023-2024
  • Honda CR-V – Keluaran tahun 2024

Honda Malaysia memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pelanggan terjejas, dan memberi jaminan bahawa semua model semasa yang sedang dikeluarkan dan dijual tidak terbabit dalam panggilan semula ini.

Langkah panggil balik itu diambil atas dasar keselamatan pelanggan sebagai keutamaan utama, justeru panggilan semula ini turut membabitkan model yang telah melepasi tempoh jaminan.

Honda Malaysia menegaskan komitmennya untuk terus mengambil tindakan proaktif, mengekalkan ketelusan dan melaksanakan kawalan kualiti yang ketat demi keselamatan semua pengguna.

Semua pemilik kenderaan yang terbabit akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan rasmi yang akan mengandungi maklumat lanjut mengenai proses panggilan semula.

Pemilik juga boleh menyemak status kenderaan mereka melalui aplikasi HondaTouch, dan digalakkan untuk menghubungi pengedar sah Honda bagi membuat janji temu sebaik sahaja menerima notis.

Penggantian pam bahan api ini adalah percuma, dan segala kos berkaitan akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia. Bekalan alat ganti akan diagihkan secara berperingkat.

Sehingga kini, tiada sebarang kejadian kemalangan atau kecederaan dilaporkan di Malaysia akibat isu ini.

Untuk maklumat lanjut atau menyemak status kenderaan, pengguna boleh:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here