Utama Berita Automotif Toyota Hilux berkuasa hidrogen sertai Rali Dakar 2027

Toyota Hilux berkuasa hidrogen sertai Rali Dakar 2027

3

Toyota Gazoo Racing mendedahkan imej rasmi DKR GR FC Hilux, sebuah prototaip Hilux yang bakal bertempur dalam Rali Dakar 2027 tahun depan. 

Berbeza dengan trak Hilux rali yang biasa, versi ini dipadankan dengan sistem sel bahan api hidrogen (FCEV). 

Model ini pula dibina berasaskan GR DKR Hilux Evo T1+, iaitu jentera rali yang menggunakan nadi V6 turbo berkembar, dengan liveri putih-biru yang nampak lebih futuristik. 

FC Hilux ini turut mengekalkan struktur badan dan casis khas jentera rali Dakar, jarak antara roda lebih pendek berbanding Hilux jalanan, fender tinggi, tayar yang besar serta suspensi jenis long-travel. 

Output keseluruhan jentera Hilux hidrogen ini masih belum didedahkan secara rasmi. 

Sebagai perbandingan, Hilux V6 rali Dakar mampu menjana kuasa 400 hp dan 660 Nm mengikut peraturan FIA. 

DKR GR FC Hilux akan berlumba di dalam kelas Mission 1000, iaitu kelas eksperimen untuk teknologi masa depan, dengan sasaran jarak lebih 1,000 km merentasi 13 peringkat. 

Fokus pembangunan pula lebih tertumpu kepada pengecilan sistem sel bahan api, penyejukan yang lebih cekap serta ketahanan yang lebih tinggi. 

Sementara itu, Toyota turut mengesahkan Hilux FCEV versi produksi akan dilancarkan secara rasmi pada tahun 2028 dengan jarak operasi 400 km dan kapasiti tunda 2,500 kg. 

Jentera prototaip FC Hilux ini akan bergandingan dengan jentera utama Gazoo Racing, GR DKR Hilux Evo T1+. 

Setakat penglibatan, program Hilux telah mencatatkan 4 kemenangan keseluruhan pada tahun 2019, 2022, 2023 dan 2025. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here