
Nissan sekali lagi mencipta satu rekod baharu menerusi teknologi hibrid uniknya e-Power.
SUV generasi baharu Nissan Qashqai e-Power berjaya bergerak sejauh 1,980 km, sekali gus mencatatkan rekod Guinness World Record untuk perjalanan paling jauh tanpa pengecasan dan pengisian bahan api.
Percubaan ini dilakukan di Colombia dari 14 hingga 17 Julai 2026 bermula dari Bogota menuju ke pantai Caribbean merangkumi pelbagai keadaan permukaan jalan, trafik dan corak pemanduan.
Setiap peringkat perjalanan dipantau dan disahkan secara bebas oleh hakim sebelum rekod tersebut disahkan melalui proses semakan terperinci.
Richard Candler, eksekutif korporat strategi keluarga, produk dan komponen Nissan berkata, “Rekod ini sekali lagi menunjukkan keupayaan generasi terkini teknologi e-Power.
“Nissan Qashqai menawarkan kecekapan, kesenyapan dan prestasi pemanduan seakan EV yang kami bangunkan berdasarkan keperluan pelanggan. Ia turut memainkan peranan penting dalam perjalanan elektrifikasi Nissan, membantu lebih ramai menikmati manfaat pemanduan elektrik.
SUV ini dipacu oleh sistem e-Power yang terdiri daripada enjin tiga silinder sebaris 1.5 liter turbo 154 hp yang bertindak sebagai unit penjana kuasa untuk bateri 2.1 kWh dan memacu motor elektrik berkuasa 188 hp dan 330 Nm.
A Guinness World Records™ title for Nissan Qashqai e-POWER.🏆
Travelling 1,980 km on a single tank, the vehicle completed a record-setting journey from Bogotá to Colombia’s Caribbean coast, demonstrating the efficiency and real-world capability of Nissan’s next-generation… pic.twitter.com/JM4b18GWnY
— Nissan Motor (@NissanMotor) August 5, 2026

































