Utama Berita Automotif Geely dedah sistem hibrid i-HEV Intelligent Energy, lebih cekap dan jimat minyak!

Geely dedah sistem hibrid i-HEV Intelligent Energy, lebih cekap dan jimat minyak!

6

Kedudukan Toyota sebagai peneraju di dalam segmen hibrid bakal tergugat dengan kehadiran teknologi hibrid terbaharu daripada Geely

Sistem yang dinamakan sebagai i-HEV Intelligent Energy ini akan muncul buat kali pertama pada model Geely Emgrand baharu. 

Teras kepada sistem ini ialah enjin pembakaran dalaman kecil yang menawarkan kadar kecekapan terma 48.41 peratus terdiri daripada nadi 1.5L, 1.5 liter diesel turbo atau 2.0 liter diesel turbo yang dipadankan dengan motor elektrik 308 hp. 

Ujian awal pada model prototaip Emgrand di pulau Hainan mendedahkan tahap penggunaan bahan api purata sekitar 2.22L untuk setiap 100 km. 

Menurut jurucakap Geely Group, Victor Yang memberitahu Bloomberg, teknologi ini “akan mengatasi teknologi hibrid dari Jepun secara menyeluruh.”

Sistem hibrid Geely ini menggunakan satu ‘otak’ berpusat untuk mengurus fungsi kokpit dan casis yang bergantung kepada teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengoptimumkan pengurusan tenaga. 

Selain Emgrand, sistem i-HEV ini akan diperkenalkan pada model Boyue L dan Xingyue L. 

Pengerusi Geely, Li Shufu dalam satu acara khas turut mendedahkan pihaknya sedang mengkaji penggunaan bahan api metanol pada masa depan yang mempunyai kadar ketumpatan tenaga 10 kali ganda berbanding bateri lithium-ion. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here